SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB INI. JIKA ADA YANG BERMINAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI, SILA HUBUNGI KAMI

Tuesday, March 24, 2009

SISTEM PERTANIAN FERTIGASI

Satu sistem pertanian moden yang menggunakan sistem mesra alam, jimat kos buruh, hasilan yang berganda dan mengelak serangan makhluk perosak. Kaedah penanaman juga dipermudahkan.

Baja dapat dilarutkan kepada akar secara berkesan tanpa pembaziran dan merosakkan alam sekitar.


Fertigasi berasal dari perkataan fertilization dan irrigation. Ia merupakan salah satu cabang hidrophonic terdiri dari sistem titis mikro, hidrophonic aliran dalam, hidrophonic aliran cetek, hidrophonic statik, aerophonic dan pemercikan mikro.


Sistem ini sesuai bagi tanaman sayur berbuah seperti tomato, cili merah, melon, cili sayur, terung, strawberi, pokok hiasan dlln. Risiko serangan penyakit akar oleh serangga dapat dielakkan termasuk penyakit backteria yang berpunca dari tanah.


Melalui sistem ini, pokok dapat menerima baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Baja terus diberi kepada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah dan kos penyelenggaraan dapat dikurangkan.

Monday, March 23, 2009

Sunday, March 22, 2009

MESTI CUBA BARU DAPAT KEPUASAN

Idea pertenakan ini datang dari perbincangan keluarga tentang tanah yang terbiar hampir 15 tahun.Teringat seruan kerajaan tentang pertanian adalah perniagaan lalu projek ini selamat dijalan pada bulan 4 2008 dengan tanaman fertigasi cili besar sebanyak 500 pokok dan pertenakan keli secara kanvas pula pada 12 2008 sebanyak 40 kanvas.dan dihari ini sudah nampak hasilnya apabila berbudi pada tanah.

KUNJUNGAN TETAMU KEHORMAT

Tapak Fertigasi dan Ikan Keli Kg Gua Badak telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg Dato' Mohd Mokhtar b Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 31 Januari 2009. Di dalam ucapannya, beliau telah menggalakkan lebih ramai belia terutamanya supaya menceburi bidang pertanian kerana "Pertanian Adalah Perniagaan". Kementerian akan sentiasa memberi bantuan bagi mereka yang berminat dalam bidang ini.





YBhg Dato' sedang berbincang dengan pengusaha bagaimana untuk meningkatkan lagi perusahaan ini. Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato' Samsul Anuar Hj Nasarah juga memberi jaminan bahawa Pejabat Ahli Parlimen Lenggong juga akan memberi bantuan yang sewajarnya kepada projek seumpama ini.




Tanaman sayuran juga boleh menjadi usaha untuk menambahkan pendapatan sampingan.